Monday 2 January 2012

STREET/ROADSHOW PERFORMANCE

Setelah selesai projek Ekspresi 02 yang bertempat di Dewan Rahman Talib (DRT), kami sekali lagi berdepan dengan satu lagi projek akhir sebelum menutup tirai Semester 1 Sesi 2011/2012 bagi subjek Pergerakan Kreatif Teater yang mana kami terpaksa melakonkan watak-watak yang terdapat dalam cerita rakyat atau hikayat. Encik Shuradi menerangkan tentang projek ini semasa hari kedua persembahan kami di DRT. Pada mulanya kami berasa teruja kerana projek kali ini berlainan dengan projek Kak Bee Jamban dan Proses yang mana ia Encik Shuradi menerapkan unsur lakonan pada projek kali ini supaya kami dapat merasai pengalaman seperti pelajar yang mengambil kursus Teknik dan Gaya Lakonan. Secara tidak langsung, kami telah menggabungkan gerak lakon dan gerak tari dalam persembahan tersebut. Namun, perasaan teruja tersebut bertukar menjadi takut kerana persembahan pada kali ini merupakan ala Street Performance yang mana kami tidak akan berada di atas pentas lagi ketika membuat persembahan, tetapi kami perlu membuat persembahan berdekatan dengan penonton. Terlintas juga difikiran saya pada ketika itu bagaimana tanggapan dan reaksi penonton kelak.
Bagi persembahan kali ini, kami dikehendaki memilih mana-mana watak dalam cerita rakyat dan dikehendaki melakukan pergerakan berdasarkan watak yang dipilih. Ada di antara kami yang memilih watak sebagai Bawang Merah, Bawang Putih, Ahli Sihir, Tun Teja, Hang Tuah, Pak Belalang, Mak Si Tenggang, Mahsuri, Pak Andih dan Mak Andih, Pak Kaduk serta Majnun. Saya pula memilih watak Dang Anum yang mengidam hendak makan buah nangka semasa beliau mengandung. Street Show performance ini diadakan di Galeri Seni pada 21 Disember 2011. Sebelum hari kejadian, kami telah berkumpul di Galeri Seni dan Encik Shuradi mengarahkan seorang demi seorang untuk menunjukkan pergerakan berdasarkan watak yang dipilih sebelum dipersembahkan pada hari kejadian nanti. Encik Shuradi juga ada membuat penambahbaikan bagi setiap gerakan yang dilakukan. Seperti biasa, kami sekali lagi mengaplikasikan pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor serta Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis. Kami juga dikehendaki menggunakan ruang dengan sepenuhnya menyebabkan kami akan beralih tempat dari satu tempat ke tempat yang lain. Kami berlatih berulang kali supaya semuanya akan berjalan dengan lancar. Kebanyakan watak yang dipegang diselitkan dengan dialong atau hint yang bersesuaian supaya penonton dapat meneka watak yang dibawa oleh kami.
Pada 21 Disember 2011 jam 12.00 tengahari, kami bergegas ke bilik seni lakon untuk menukar baju mengikut watak masing-masing dan bersolek/make up. Pada pukul 1.30 petang, kami tiba di Galeri Seni dan mula melakukan pergerakan masing-masing mengikut watak yang telah dipilih. Ada di antara penonton yang mengambil kesempatan dengan mengambil gambar tetapi kami diingatkan oleh Encik Shuradi supaya sentiasa fokus dan tidak terganggu dengan unsur-unsur luar. Menjadi salah seorang pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan berharga bagi saya kerana tidak pernah terfikir atau terlintas dibenak saya untuk melakukan Street Performance dan juga berdiri di atas pentas seperti di DRT dan melakukan persembahan. Ia sebenarnya telah membina keyakinan saya untuk berhadapan dengan khalayak ramai. 


Bawang Merah vs Majnun...tp mane Lailanye???hehehe

Bawang Putih, Bawang Merah dan Dang Anum....serius, best amek elektif Pergerakan Kreatif neh..=)

Ni plak Ahli Sihir besama Ibu Tiri Bawang Merah...
Kamu jangan macam2 sama aku..nanti aku sihir kamu jd batu..hehehe..Ya Ampunnn..
Bawang Merah vs Dang Anum










LAPORAN PIECE DI DRT


Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:
Ø  kecerdasan verbal/linguistik
Ø  kecerdasan logikal/matematik
Ø  kecerdasan visual/ruang (spatial)
Ø  kecerdasan kinestetik
Ø  kecerdasan muzikal/irama
Ø  kecerdasan interpersonal
Ø  kecerdasan intrapersonal
Ø  kecerdasan naturalis

Contoh kecerdasan yang dapat diaplikasikan bagi subjek Pergerakan Kreatif Teater ini adalah seperti Kecerdasan Kinestetik yang mana ia merupakan suatu kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Di samping itu, menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan didunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.

Kecerdasan Kinestetik ini amat bertepatan dengan subjek Pergerakan Kreatif Teater yang saya dan rakan-rakan pelajari. Hal ini kerana, ia melibatkan pergerakan anggota badan atau kebolehan dalam menggunakan bahasa badan. Tugasan akhir bagi pelajar Pergerakan Kreatif Teater terbahagi kepada dua persembahan iaitu Kak Bee Jamban dan Proses yang mana Encik Shuradi sendiri menjadi koreografer bagi kedua-dua persembahan tersebut. Saya tergolong dalam kumpulan Proses bersama beberapa rakan-rakan yang lain. Encik Shuradi telah mencipta beberapa pergerakan dalam piece Proses yang mana secara tidak langsung kami telah mengaplikasikan teori yang telah diajar di dalam kelas atau semasa bengkel iaitu mengenai pergerakan yang mana pergerakan terbahagi kepada dua iaitu pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Non Lokomotor).

Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan atau berlari disebut bergerak dan beredar. Sementara pergerakan Non Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan masih kekal ditempat iaitu tiada perubahan. Pergerakan Lokomotif Kreatif memberi tumpuan kepada empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran atau dalam erti kata lain Space/Ruang: Direct/Indirect, Weight/Berat: Strong/Light, Time/Masa: Sudden/Sustained serta Flow/Pergerakan: Bound/Free Laban. Sebagai contoh, bagi  piece Proses, Encik Shuradi ada menyentuh aspek ruang yang mana beliau telah mencipta pergerakan yang melibatkan aras iaitu sama ada aras tinggi, sederhana dan rendah, bagi aspek arah pula sama ada hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah. Manakala bagi aspek aliran, pergerakan dicipta sama ada lurus, berliku-liku, zig-zag dan bulatan serta bagi aspek ekstensi, bentuk pergerakan dapat dilihat sama ada mengecil atau membesar. Semasa persembahan Proses berlangsung, dapat dilihat variasi pergerakan yang dipersembahkan oleh kami yang mana ia melibatkan keempat-empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Sebagai contoh, terdapat kumpulan yang melakukan pergerakan yang melibatkan masa seperti melakukan pergerakan secara perlahan dan ada yang melibatkan dengan penggunaan aras sama ada aras rendah mahu pun tinggi.
            Sebelum persembahan sebenar berlangsung, kami melakukan raptai penuh terlebih dahulu supaya tiada sebarang masalah kelak. Encik Shuradi juga ada membuat beberapa perubahan pergerakan. Selain itu, persembahan kami juga merangkumi Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis yang telah diajar oleh Encik Shuradi semasa sesi pelajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebelum ini. Pergerakan Laban sebenarnya telah diasaskan oleh Rudolf Laban yang mana beliau adalah seorang yang terkenal dalam bidang koreografi dan juga ahli teori pergerakan. Laban mempercayai bahawa  pergerakan badan merupakan asas kepada aktiviti manusia. LMA (Laban Movement Analysis) diperolehi oleh pelajar-pelajar Laban bagi memperkembangkan, mengkodifikasikan, membangunkan teori-teori Laban serta mengamalkannya. Analisis Pergerakan Laban terbahagi kepada empat kategori iaitu:

v  Action of Body
v  Qualities of Movement
v  Space Environment
v  Relationship

Sebagai contoh, bagi kategori fizikal badan, kategori ini menggambarkan ciri-ciri struktur badan seseorang manusia itu sedang bergerak. Kategori ini adalah untuk menggambarkan bahagian-bahagian badan yang sedang bergerak, berhubungkait, dan bahagian-bahagian badan yang dipengaruhi oleh orang lain. Beberapa subkategori Fizikal badan termasuklah Initiation/Pencetusan iaitu permulaan pergerakan khususnya daripada bahagian badan, Connection/Hubungan iaitu bahagian badan berbeza kepada satu sama lain, Sequencing/Rangkaian iaitu pergerakan antara bahagian-bahagian badan mengikut rangkaian urutan serta Patterns/Corak iaitu organisasi badan dan persambungan yang dipanggil sebagai “Pola-pola Persambungan Badan Berjumlah”, “Pola-pola Pergerakan Perkembangan” atau “Pola-pola Otot Saraf”.

Projek ini juga secara tidak langsung telah merangkumi Model Kecerdasan Emosi Goleman yang mana menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan satu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Sebagai contoh, komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai keyakinan diri sendiri yang kukuh. Apa yang jelas saya peroleh selepas melaksanakan projek Proses ini ialah saya mempunyai keyakinan diri yang jitu terutamanya apabila berhadapan di khalayak ramai. Hal ini kerana, jika sebelum ini, saya tidak berapa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai kerana selalu menganggap diri ini serba kekurangan. Namun, setelah membuat persembahan di atas pentas, ditambah pula dengan kehadiran penonton, ia telah merubah tanggapan saya sebelum ini dan saya boleh tampil dengan lebih berani dan yakin.
Di samping itu juga, contoh yang seterusnya ialah komponen kelima iaitu kemahiran sosial yang mana ia melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik. Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik serta membolehkan seseorang itu mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik. Selain itu, kemahiran sosial ini juga untuk mengurus perhubungan antara perseorangan melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa membina perhubungan dengan orang lain. Projek Proses ini melibatkan kerjasama kumpulan kerana kami dikehendaki berlatih bersama-sama dan kadang kala timbul juga konflik antara kami seperti bersikap agak dingin jika ada di antara ahli kumpulan yang datang lambat atau tidak datang langsung ketika sesi latihan. Tetapi dengan mengaplikasikan teori ini, kami dapat membantu mengawal emosi supaya hubungan sosial tidak terjejas seperti menasihati rakan tersebut dengan cara lembut dan berhemah.

Ni laaa budak2 yg terlibat dlm piece Kak Bee Jamban....eeee busyukkkkkkkkkkkk....hahahaha

Kembali ke zaman 60-an..da macam opah je aku tgk yg pompuan...hahaha
Kak Bee Jamban vs Proses
Phewitttttt...ayunye....hehehe..ni semasa sesi raptai penuh


Barisan pelajar yang menjayakan Ekspresi 02..Tahniah diucapkan!!!..sayang kamoo semua...muah

Kuyie diapit oleh puteri-puteri yang comel n cantik..hahaha..perasan gilerrrr..


 Inilah barisan pelajar yg terlibat dlm Proses...kenangan bersama korang mmg tidak dapat dilupakan..
















MinGgu 13 & 14


Setelah selesai projek kedua terakhir, kami sekali lagi terpaksa berhadapan dengan projek akhir sebelum menutup tirai Semester 1 Sesi 2011/2012 bagi subjek Pergerakan Kreatif Teater yang mana kami terpaksa melakonkan watak-watak yang terdapat dalam cerita rakyat. Kami dikehendaki memilih mana-mana watak dalam cerita rakyat dan dikehendaki melakukan pergerakan berdasarkan watak yang dipilih. Ada di antara kami yang memilih watak sebagai Bawang Merah, Bawang Putih, Ahli Sihir, Tun Teja, Hang Tuah, Pak Belalang, Mak Si Tenggang, Mahsuri, Pak Andih dan Mak Andih, Pak Kaduk serta Majnun. Saya pula memilih watak Dang Anum yang mengidam hendak makan buah nangka semasa beliau mengandung. Street Show performance ini diadakan di Galeri Seni pada 21 Disember 2011. Sebelum hari kejadian, kami telah berkumpul di Galeri Seni dan Encik Shuradi mengarahkan seorang demi seorang untuk menunjukkan pergerakan berdasarkan watak yang dipilih sebelum dipersembahkan pada hari kejadian nanti. Encik Shuradi juga ada membuat penambahbaikan bagi setiap gerakan yang dilakukan. Seperti biasa, kami sekali lagi mengaplikasikan pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor serta Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis. Kami juga dikehendaki menggunakan ruang dengan sepenuhnya menyebabkan kami akan beralih tempat dari satu tempat ke tempat yang lain. Kami berlatih berulang kali beserta dengan dialog. Encik Shuradi menerapkan unsur lakonan pada projek kali ini supaya kami dapat merasai pengalaman seperti pelajar yang mengambil kursus Teknik dan Gaya Lakonan. Secara tidak langsung, kami telah menggabungkan gerak lakon dan gerak tari dalam persembahan tersebut.
Pada 21 Disember 2011 jam 12.00 tengahari, kami bergegas ke bilik seni lakon untuk menukar baju mengikut watak masing-masing dan bersolek/make up. Pada pukul 1.30 petang, kami tiba di Galeri Seni dan mula melakukan pergerakan masing-masing mengikut watak yang telah dipilih. Ada di antara penonton yang mengambil kesempatan dengan mengambil gambar tetapi kami diingatkan oleh Encik Shuradi supaya sentiasa fokus dan tidak terganggu dengan unsur-unsur luar. Menjadi salah seorang pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan berharga bagi saya kerana tidak pernah terfikir atau terlintas dibenak saya untuk melakukan Street Performance dan juga berdiri di atas pentas seperti di DRT dan melakukan persembahan. Ia sebenarnya telah membina keyakinan saya untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

MinGGu 10, 11 & 12


Setelah selesai projek “Healing”, kami diberi satu lagi projek kedua terakhir yang mana Encik Shuradi sendiri akan menjadi koreografer bagi projek tersebut. Projek tersebut merangkumi empat tema iaitu Kak Bee Jamban, Aku Sunyi, Proses dan Teruk serta gabungan dengan pelajar Vokal dan Lakonan, Awal Lakonan serta Teknik dan Gaya Lakonan. Walaubagaimanan pun, kami pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater hanya terlibat dalam piece/part Kak Bee Jamban dan Proses sahaja yang mana ia lebih menumpukan kepada pergerakan-pergerakan kreatif. Dominannya banyak kepada gerak lakon dan gerak tari. Kak Bee Jamban menceritakan tentang konflik yang dialami oleh pencuci tandas yang mana beliau terpaksa berhadapan dengan najis. Oleh yang demikian, pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater memegang watak sebagai najis-najis yang mana mereka akan melakukan pergerakan yang melambangkan simbol najis. Saya pula termasuk dalam kumpulan Proses yang mana ia banyak melibatkan pergerakan-pergerakan kreatif. Encik Shuradi telah memberi bentuk-bentuk pergerakan terhadap kedua-dua persembahan tersebut dan kami mula berlatih berulang kali. Sepanjang minggu kesepuluh dan kesebelas ini, kami banyak menghabiskan masa dengan berlatih di bilik seni lakon bersama ahli kumpulan masing-masing. Bagi piece Proses, ia melibatkan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor serta Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis. Sebagai contoh, terdapat  pergerakan yang melibatkan aras bawah, sederhana dan tinggi serta melibatkan masa iaitu perlahan dan laju. Encik Shuradi memberi gerakan yang variasi yang mana penonton akan dpaat melihat pelbagai jenis gerakan di atas pentas kelak. Setiap gerakan yang dicipta sebenarnya mempunyai klu atau hint bagi cerita yang disampaikan oleh saudari Nilam. Projek ini secara tidak langsung telah merangkumi Model Kecerdasan Emosi Goleman yang mana menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan satu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain.
Kami juga membuat raptai penuh sebelum hari kejadian supaya kami tidak berasa janggal ketika pertama kali berada di pentas. Encik Shuradi juga ada membuat beberapa perubahan pergerakan semasa sesi raptai. Pada hari pertama persembahan, kami berasa sangat berdebar kerana bilangan penonton juga agak ramai tetapi kami ingat akan pesan Encik Shuradi bahawa sentiasa fokus ketika berada di atas pentas. Teknik fokus juga telah diajar semasa di dalam kelas sebelumnya dan kami mengaplikasikan teknik tersebut semasa hari persembahan. Kami agak berpuas hati dengan persembahan kami pada hari pertama. Persembahan kami tidak berhenti di situ sahaja kerana kami terpaksa melakukan persembahan tersebut pada hari kedua.

MinGgu 8 & 9


Sepanjang minggu kelapan ini, kami telah melakukan latihan secara berulang kali untuk projek “Healing”. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Salah satu kecerdasan yang dapat diaplikasikan bagi subjek Pergerakan Kreatif Teater ini ialah Kecerdasan Kinestetik. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Di samping itu juga, kami turut mengaplikasikan teori pergerakan yang diajar oleh tenaga pengajar yang mana pergerakan terbahagi kepada dua iaitu pergerakan Lokomotor dan pergerakan Bukan Lokomotor. Bagi watak tiga orang budak nakal semasa bermain dihutan, keseluruhan bahagian piece/part tersebut melibatkan pergerakan lokomotor yang mana pergerakan mereka sentiasa berubah kedudukan. Sebagai contoh, mereka telah bermain permainan hide and seek, tali getah dan perang-perang dan secara tidak langsung telah menyebabkan mereka dikehendaki berlari, berkejaran dan melompat. Piece tersebut juga turut mengaplikasikan keempat-empat aspek pergerakan kreatif lokomotor iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Sebagai contoh, ketika bermain tali getah, ia melibatkan aspek masa iaitu dimulai dengan gerakan perlahan dan kemudiannya semakin laju.
Manakala bagi piece/part puteri-puteri tersebut, mereka telah mengaplikasikan kedua-dua pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Sebagai contoh, persembahan akan dimulakan dengan gerakan oleh keenam-enam orang puteri tersebut secara statik iaitu tidak berubah kedudukan tetapi masih lagi mengekalkan ciri kreatif. Kemudian, puteri-puteri tersebut akan mengaplikasikan pergerakan lokomotor iaitu dengan turun dari kawasan air pancut ke kawasan laman sambil membawa baldi. Semasa melakukan pergerakan, puteri-puteri serta bomoh tersebut juga turut mengaplikasikan Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis iaitu melibatkan aras sama ada aras bawah, sederhana atau tinggi, aliran sama ada ke hadapan, belakang atau sisi serta masa sama ada perlahan, sederhana atau laju. Selain itu juga, terdapat pergerakan serentak atau sama serta pergerakan berlainan yang dilakukan oleh puteri-puteri tersebut.
Sebenarnya, projek “Healing” tersebut sepatutnya dipersembahkan pada minggu kelapan, namun ia ditunda pada minggu kesembilan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Pada hari Khamis minggu kesembilan, kumpulan saya membuat persembahan “Healing” yang bertempat di depan SITC iaitu di kawasan air pancut. Walaupun cuaca tidak begitu baik kerana hujan rintik-rintik pada hari tersebut, namun kami tetap meneruskan juga persembahan tersebut. Titisan air hujan dan kicauan burung secara tidak langsung telah merangsang Kecerdasan Muzik yang mana setiap bunyi yang dihasilkan memberi perasaan yang berbeza dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam tersebut. Sebelum ini, kami berhadapan dengan konflik iaitu dilema penggunaan ruang badan. Namun, masalah tersebut dapat kami atasi sedikit demi sedikit dengan membuat rujukan di you tube dan juga dengan bimbingan Encik Shuradi. Kami berasa agak berpuas hati dengan apa yang telah kami persembahkan kepada Encik Shuradi dan rakan-rakan yang lain. Walaupun terdapat kekurangan pada persembahan tersebut, namun apa yang penting bagi kami ialah melalui tugasan tersebut, ia sebenarnya merupakan wadah untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain di samping memupuk sikap saling tolong-menolong serta semangat setia kawan.