Monday 11 June 2012

...DaN 3 DaRa TeRbAnG kE BuLaN..

Subjek Seni Lakon Awalan memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas awal lakonan dan prinsip-prinsip umum yang sering digunakan untuk melahirkan bentuk dan stail lakonan yang berkesan. Gerak, suara dan ruang merupakan elemen yang penting dalam asas lakonan yang mana ia dapat memecah rasa gentar dan kaku dlam membentuk watak dan perwatakan berdasarkan skrip dan improvasi pelakon. Subjek ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri dan tidak harus diperlekehkan. Hal ini kerana, apabila mendengar sahaja perkataan Seni Lakon Awalan, ramai yang mengatakan apa kaitan subjek tersebut dengan dunia pendidikan dan tujuan utama mereka menceburi bidang pendidikan adalah untuk menjadi seorang pendidik dan bukaannya sebagai seorang pelakon. Sebenarnya, persepsi yang diberikan oleh sesetengah itu adalah tidak benar. Hal ini kerana, sebagai pendidik, keterampilan seorang pelakon sangat berguna dan relevan untuk dimanfaatkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seni lakon atau teater adalah suatu bentuk pertunjukan di atas pentas berdasarkan naskah cerita yang menceritakan sebahagian kecil daripada kehidupan manusia yang diungkapkan melalui lakonan dan percakapan yang realistik. Mankala pelakon pula merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk menginterpretasikan melalui tubuh sehingga watak terpancar dengan penampilan personaliti dan fizikal. Dalam erti kata lain, pelakon adalah manusia yang meniru kebenaran atau tujuan untuk melahirkannya semula secara perlambangan.
Lakonan teater mengandungi tiga aspek penting iaitu tubuh badan, ruang dan suara.  Manakala kompetensi seorang pelakon adalah seperti seorang pelakon haruslah memiliki daya penerimaan rohaniah yang besar tentang tingkah laku manusia dari apa yang ia lihat seharian di sekelilingnya. Selain itu, seorang pelakon juga harus cepat memberi reaksi terhadap suatu kejadian yang dilihatnya. Kemudian, ia dapat memikirkan latar belakang kejadian itu walau hanya dalam imaginasinya sahaja. Seorang pelakon tidak hanya meniru tentang perbuatan yang pernah dilihatnya tetapi yang penting ialah membangkitkan watak yang dilakonkannya iaitu dengan cara pelakon memusatkan fikiran dan perasannya yang bersatu kepada jiwa atau sukmanya. Dengan pancaindera dan emosi yang ada ditimbulkannya penjiwaan terhadap lakonnya sehingga dengan kepandaiannya ia dapat mengalirkan air mata tanpa bantuan alat luaran seperti ubat mata misalnya.

Selain itu, pelakon dengan cepat dapat menangkap kembali peristiwa yang pernah dialaminya sama ada ia peristiwa gembira atau sebaliknya. Dengan mengingat peristiwa tersebut, pelakon akan menampakkan lakonannya seperti realiti, iaitu bukan dibuat-buat. Untuk meyakinkan sesuatu watak itu seorang pelakon perlu menghayati dan membayangkan sesuatu itu bukan sahaja dimata dan fikirannya, tetapi juga disetiap tubuhnya. Pelakon dapat memanfaatkan tubuhnya melakukan gerakan-gerakan aneh dan menyimpang dari situasi kehidupan yang sebenarnya tertapi terlihat indah atau terlihat nilai drmatiknya. Gerakan inilah yang membezakan lakonan itu antara teater dengan kehidupan yang sebenar. Pelakon juga haruslah merasakn seolah-olah sesutau kejadian itu terjadi pada dirinya. Oleh itu, pelakon harus mahir mempergunakan irama, tempo dan kecepatan.

Terdapat empat jenis lakonan menurut Stainlavski. Antaranya ialah jenis Lakonan Eksploitasif yang mana ia hanya menggunakan rupa dan bentuk tubuh yang terdapat pada pelakon itu (berdasarkan kecantikan dan kelebihan fizikal semata-mata) tanpa mengamalkan "inner-truth" bagi melahirkan watak yang didukungi mereka. Kedua ialah jenis Lakonan Lampau Amatur yang mana disalurkan melalui klise fizikal dan vokal yang dipilh secara rambangdan dirasai atau dihayati secara samar-samar. Ketiga ialah Lakonan Mekanikal yang mana ia lebih bersifat klise yang menunjukkan perlakuan-perlakuan yang biasa dan normal di dalam sesuatu budaya. Keempat ialah Lakonan Representational (Representational Acting) yang mana ia memerlukan dedikasi, kajian terperinci dan penilaian teliti terhadap pembinaan watak.

Terdapat lapan jenis pendekatan Teknik Lakonan Stanislavsky. Pertama ialah perkataan magik "Bagaimana Kalau" (Magic "if"). Seseorang pelakon itu boleh percaya terhadap kemungkinan-kemungkinan peristiwa kerana sukar bagi mereka untuk menterjemahkan secara ikhlas dan relalti tentang sesuatu peristiwa. Kedua ialah Situasi Sediaada (Given Ciccumstances). Stanislavsky percaya tingkahlaku psikologi dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oelh seseorang karektor itu di dalam situasi yang sedia ada. Oleh itu, seseorang pelakon harus berkompromi dengan persekitaran darama untuk menghidupkannya.

Ketiga ialah imaginasi yang mana seseorang pelakon dapat mengetahui/merasakan bagaiman watak itu dibesarkan, apa yang mempengaruhi tingkahlakunya, apa yang diharapkannya dan lain-lain. Ia mampu membantu pelakon semasa beliau mentafsirkan baris-baris dialog dan mampu mengisinya dengan makna-makna yang tersirat atau lebih tepat ememhami subteksnya. Keempat ialah Konsentrasi Tumpuan. Kelima ialah Kebenaran dan Kepercayaan (Truth and Belief). Kepercayaan bermakna seseorang aktor/pelakon itu mengandaikan bahawa benda-benda atau manusia seolah-olah mereka (benda atau manusia) dan akhirnya apa yang diekehendakinya akan juga menyamai apa yang dieprcayai atau dirasai oelh penonton. Keenam ialah Hubungan Emosi ataupun spiritual. Kerjasama antara pelakon penting iaitu meliputi aspek perkataan, aksi, pemikiran dan sebagainya. Hal ini menunjukkan proses saling pengaruh-mempengaruhi dalam kalangan pelakon sewaktu drama dilangsungkan. Ketujuh ialah Tempodan Ritma dan akhir sekali ialah Memori Recall dengan cara mengaitkan memori pengalaman pelakon dalam alam sebenar dan aplikasikan memori atau peristiwa lampau sebagai alat untuk merealisasikan semula dalam bentuk lakon sepertimana mengikuti keperluan dramatik. 

Drama ... dan Tiga Dara Terbang ke Bulan... adalah sebuah karya oleh Aidil 'Alin' Mosbit dan diarahkan oleh Encik Nor Shuradi bin Haji Hashim yang mana ia mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik iaitu Pungut (dilakonkan oleh Nurul Atika Mohd Rahi), Miah (Nur Fazlin Bt Moh Nor dan Nor Haziaton Bt Mohd Noruddin) dan Chot (Nu'Aim Bt Borhan). Ketiga-tiga mereka bersahabat baik sejak kecil lagi dan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Pungut merupakan anak kepada ahli perniagaan. Ibu bapanya bercerai dan ayahnya dilihat mengongkong hidupnya semasa dia kecil lagi. Pungut berkawan baik dengan Miah kerana mak Miah merupakan orang gaji di rumah Pungut. Ayahnya telah meninggal dunia akibat hanyut semasa menangkap ikan di laut. Miah seorang yang agak mengada-ngada dan kurang kasih sayang dariapda keluarga. Manakla Chot pula merupakan anak bongsu dalam keluarga, perwatakannya agak sedikit tomboi. Ketiga-tiga mereka mempunyai konflik hidup masing-masing sejak kecil lagi dan disebabkan konflik tersebut, persahabatan mereka sangat akrab. Namun, mereka terpisah apabila kian meningkat dewasa dan konflik terus melanda dalam kehidupan ketiga-tiga orang tersebut yang mana Pungut telah belajar di luar negara, Miah pula terpaksa menanggung penderitaan atas sikap suaminya Yazid, seorang penagih dadah dan Chot pula terpaksa menanggung sakit yang ditakuti oleh semua kaum wanita seluruh dunia ini. Sehinggalah Pungut dan Miah meninggal dunia dan Chot sahaja yang masih koma. Roh atau semangat Pungut dan Miah telah datang semasa Chot berada dalam keadaan koma yang mana mereka mengingatkan kembali memori suka dan duka mereka sewaktu kecil seperti curi jambu air Mak Cik Ketot, menaiki rakit, duduk di tepi jeti serta terbang ke bulan. Kemudian, mereka mempersoalkan mengapa hidup mereka menjadi tidak erat apabila meningkat dewasa dan menceritakan apa yang berlaku terhadap Pungut dan Miah hingga menyebabkan mereka meninggal dunia. Pungut mati akibat daripada nahas kapal terbang manakala Miah pula meninggal akibat daripada tekanan hidup. Hanya Chot sahaja yang masih berpeluang untuk meneruskan hidup. Cerita ...Dan Tiga Dara Terbang ke Bulan ... merupakan sebuah cerita yang memaparkan apa ertinya sebuah persahabatan dunia dan akhirat? dan mengandungi pelbagai mesej yang bermanfaat. Berikut merupakan antara dialog yang terdapat dalam drama tersebut.

Chot: Nama aku Chot Bt Awang Senin. Nama betul aku Siti Aisyah. Mak aku Kalsum Tukang Urut.
Salmiah: Kalau korang tak nak raya, aku pon tak nak la raya. Hari raya kan hari bergembira tapi kalau semua orang bersedih, baik tak payah raya!.

Pungut: Mak Bulan, Mak Bulan. Ampunkan kami Mak Bulan. Mak Bulan apa khabar?Khabar baik?Kami?Kami pun baik Mak Bulan.

Pada permulaannya, kami (para pelakon) tidak ada pengetahuan langsung mengenai lakonan. Input daripada kelas tersebut, kami didedahkan dengan ciri-ciri sejarah seni lakon, mempunyai kepekaan, tindakbalas dan menggunakan ruang dalam menyatakan ekspresi diri, memahami teknik-teknik asas lakonan serta melakukan seni persembahan lakon yang dilakukan bersesuain mengikut teks skrip dan aliran persembahan. Pada minggu ketiga, kami telah diberikan skrip oleh tenaga pengajar dan kemudiannya diteruskan dengan pembahagian watak kerana di dalam cerita tersebut terdapat tiga watak utama. Saya mendapat watak sebagai Miah. Setelah mendapat skrip, kami dikehendaki menganalisa skrip. Berlaku di mana? Tahun bila?Apakah peristiwa memori?Di mana peristiwa memori itu berlaku? merupakan sebahagian daripada aspek analisa skrip. Pelakon juga dikehendaki untuk mengkaji watak dan perwatakan secara mendalam yang mana pelakon perlu mengkaji tiga aspek iaitu ciri jasmani, psikologi dan sosiologi perwatakan mereka dalam drama tersebut bagi membolehkan jiwa mereka dekat dengan watak yang diberikan.

Justeru itu, saya membuat sedikit kajian mengenai watak Miah dalam drama tersebut yanga mana beliau merupakan seorang yang mengada-ngada dan kurang kasih sayang. Kehidupannya sederhana sahaja kerana maknya bekerja sebagai orang gaji di rumah Pungut dan telah kehilangan ayah. Semasa remaja, Miah hampir menjadi mangsa rogol abang long Chot. Kemudian, apabila dewasa, Miah terpaksa pula berhadapan dengan konflik yang mana suaminya seorang penagih dadah dan kehidupannya sangat menderita sehinggalah dia meminggal dunia akibat daripada tekanan hidup. Masalah yang dihadapi oleh pelakon dapat dilihat ketika perlunya pertukaran watak iaitu antara watak kanak-kanak dengan orang dewasa. Pelakon harus memastikan terdapat perbezaan antara watak kanak-kanak dan orang dewasa supaya penonton dapat membezakan antara dua watak tersebut. Selain itu, pelakon juga berhadapan dengan konflik untuk melakonkan watak kanak-kanak yang mana tenaga kanak-kanak adalah banyak atau dilihat sebagai hyperactive. Pelakon juga dikehendaki untuk mencipta sendiri permainan sewaktu menjadi kanak-kanak dan menginterpreatsikannya dalam bentuk kanak-kanak yang hyperactive. Justeru itu, pelakon telah menggunakan pendekatan Memory Recall dengan cara mengingat semula zaman kanak-kanak sepert cara bergaul, bercakap dan tingkah laku. selain itu, pelakon telah menggunakan pendekatan imaginasi terutama ketika melakukan babak ketika di bulan. Magic If juga tidak terkecuali supaya pelakon percaya bahawa belaiau adalah manusia dalam situasi tersebut serta situasi sediaada. Malahan, konsentrasi tumpuan sangat penting supaya pelakon tidak terganggu dengan anasir luar. Hampir kesemua pendekatan teknik lakonan Stanislavsky digunakan dalam membantu membentuk perwatakan Miah tersebut.

Perkara paling ketara yang dapat dilihat menerusi subjek Seni Lakon Awalan ini ialah ia dapat meningkatkan keyakinan diri (confidence level). Hal ini kerana, berdiri dan berlakon di atas pentas depan khalayak ramai bukan perkara yang mudah. Fokus atau tumpuan juga merupakan salah satu inputnya yang mana semasa dipentas, pelakon akan diganggu oleh anasir luar seperti sorakan penonton, gelak ketawa penonton dan lain-lain lagi. Hanya tumpuan dapat mengelakkan diri pelakon daripada tidak terganggu. Hal ini dapat dipraktikkan semasa melakukan pembentangan di dalam kelas.

Chot, Miah dan Pungut..