Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:
Ø kecerdasan verbal/linguistik
Ø kecerdasan logikal/matematik
Ø kecerdasan visual/ruang (spatial)
Ø kecerdasan kinestetik
Ø kecerdasan muzikal/irama
Ø kecerdasan interpersonal
Ø kecerdasan intrapersonal
Ø kecerdasan naturalis
Contoh kecerdasan yang dapat diaplikasikan bagi subjek Pergerakan Kreatif Teater ini adalah seperti Kecerdasan Kinestetik yang mana ia merupakan suatu kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Di samping itu, menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan didunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.
Kecerdasan Kinestetik ini amat bertepatan dengan subjek Pergerakan Kreatif Teater yang saya dan rakan-rakan pelajari. Hal ini kerana, ia melibatkan pergerakan anggota badan atau kebolehan dalam menggunakan bahasa badan. Tugasan akhir bagi pelajar Pergerakan Kreatif Teater terbahagi kepada dua persembahan iaitu Kak Bee Jamban dan Proses yang mana Encik Shuradi sendiri menjadi koreografer bagi kedua-dua persembahan tersebut. Saya tergolong dalam kumpulan Proses bersama beberapa rakan-rakan yang lain. Encik Shuradi telah mencipta beberapa pergerakan dalam piece Proses yang mana secara tidak langsung kami telah mengaplikasikan teori yang telah diajar di dalam kelas atau semasa bengkel iaitu mengenai pergerakan yang mana pergerakan terbahagi kepada dua iaitu pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Non Lokomotor).
Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan atau berlari disebut bergerak dan beredar. Sementara pergerakan Non Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan masih kekal ditempat iaitu tiada perubahan. Pergerakan Lokomotif Kreatif memberi tumpuan kepada empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran atau dalam erti kata lain Space/Ruang: Direct/Indirect, Weight/Berat: Strong/Light, Time/Masa: Sudden/Sustained serta Flow/Pergerakan: Bound/Free Laban. Sebagai contoh, bagi piece Proses, Encik Shuradi ada menyentuh aspek ruang yang mana beliau telah mencipta pergerakan yang melibatkan aras iaitu sama ada aras tinggi, sederhana dan rendah, bagi aspek arah pula sama ada hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah. Manakala bagi aspek aliran, pergerakan dicipta sama ada lurus, berliku-liku, zig-zag dan bulatan serta bagi aspek ekstensi, bentuk pergerakan dapat dilihat sama ada mengecil atau membesar. Semasa persembahan Proses berlangsung, dapat dilihat variasi pergerakan yang dipersembahkan oleh kami yang mana ia melibatkan keempat-empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Sebagai contoh, terdapat kumpulan yang melakukan pergerakan yang melibatkan masa seperti melakukan pergerakan secara perlahan dan ada yang melibatkan dengan penggunaan aras sama ada aras rendah mahu pun tinggi.
Sebelum persembahan sebenar berlangsung, kami melakukan raptai penuh terlebih dahulu supaya tiada sebarang masalah kelak. Encik Shuradi juga ada membuat beberapa perubahan pergerakan. Selain itu, persembahan kami juga merangkumi Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis yang telah diajar oleh Encik Shuradi semasa sesi pelajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebelum ini. Pergerakan Laban sebenarnya telah diasaskan oleh Rudolf Laban yang mana beliau adalah seorang yang terkenal dalam bidang koreografi dan juga ahli teori pergerakan. Laban mempercayai bahawa pergerakan badan merupakan asas kepada aktiviti manusia. LMA (Laban Movement Analysis) diperolehi oleh pelajar-pelajar Laban bagi memperkembangkan, mengkodifikasikan, membangunkan teori-teori Laban serta mengamalkannya. Analisis Pergerakan Laban terbahagi kepada empat kategori iaitu:
v Action of Body
v Qualities of Movement
v Space Environment
v Relationship
Sebagai contoh, bagi kategori fizikal badan, kategori ini menggambarkan ciri-ciri struktur badan seseorang manusia itu sedang bergerak. Kategori ini adalah untuk menggambarkan bahagian-bahagian badan yang sedang bergerak, berhubungkait, dan bahagian-bahagian badan yang dipengaruhi oleh orang lain. Beberapa subkategori Fizikal badan termasuklah Initiation/Pencetusan iaitu permulaan pergerakan khususnya daripada bahagian badan, Connection/Hubungan iaitu bahagian badan berbeza kepada satu sama lain, Sequencing/Rangkaian iaitu pergerakan antara bahagian-bahagian badan mengikut rangkaian urutan serta Patterns/Corak iaitu organisasi badan dan persambungan yang dipanggil sebagai “Pola-pola Persambungan Badan Berjumlah”, “Pola-pola Pergerakan Perkembangan” atau “Pola-pola Otot Saraf”.
Projek ini juga secara tidak langsung telah merangkumi Model Kecerdasan Emosi Goleman yang mana menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan satu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Sebagai contoh, komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai keyakinan diri sendiri yang kukuh. Apa yang jelas saya peroleh selepas melaksanakan projek Proses ini ialah saya mempunyai keyakinan diri yang jitu terutamanya apabila berhadapan di khalayak ramai. Hal ini kerana, jika sebelum ini, saya tidak berapa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai kerana selalu menganggap diri ini serba kekurangan. Namun, setelah membuat persembahan di atas pentas, ditambah pula dengan kehadiran penonton, ia telah merubah tanggapan saya sebelum ini dan saya boleh tampil dengan lebih berani dan yakin.
Di samping itu juga, contoh yang seterusnya ialah komponen kelima iaitu kemahiran sosial yang mana ia melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik. Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik serta membolehkan seseorang itu mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik. Selain itu, kemahiran sosial ini juga untuk mengurus perhubungan antara perseorangan melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa membina perhubungan dengan orang lain. Projek Proses ini melibatkan kerjasama kumpulan kerana kami dikehendaki berlatih bersama-sama dan kadang kala timbul juga konflik antara kami seperti bersikap agak dingin jika ada di antara ahli kumpulan yang datang lambat atau tidak datang langsung ketika sesi latihan. Tetapi dengan mengaplikasikan teori ini, kami dapat membantu mengawal emosi supaya hubungan sosial tidak terjejas seperti menasihati rakan tersebut dengan cara lembut dan berhemah.
Ni laaa budak2 yg terlibat dlm piece Kak Bee Jamban....eeee busyukkkkkkkkkkkk....hahahaha
Kembali ke zaman 60-an..da macam opah je aku tgk yg pompuan...hahaha
Kak Bee Jamban vs Proses
Phewitttttt...ayunye....hehehe..ni semasa sesi raptai penuh
Barisan pelajar yang menjayakan Ekspresi 02..Tahniah diucapkan!!!..sayang kamoo semua...muah
Kuyie diapit oleh puteri-puteri yang comel n cantik..hahaha..perasan gilerrrr..
Inilah barisan pelajar yg terlibat dlm Proses...kenangan bersama korang mmg tidak dapat dilupakan..