Monday 2 January 2012

MinGGu 10, 11 & 12


Setelah selesai projek “Healing”, kami diberi satu lagi projek kedua terakhir yang mana Encik Shuradi sendiri akan menjadi koreografer bagi projek tersebut. Projek tersebut merangkumi empat tema iaitu Kak Bee Jamban, Aku Sunyi, Proses dan Teruk serta gabungan dengan pelajar Vokal dan Lakonan, Awal Lakonan serta Teknik dan Gaya Lakonan. Walaubagaimanan pun, kami pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater hanya terlibat dalam piece/part Kak Bee Jamban dan Proses sahaja yang mana ia lebih menumpukan kepada pergerakan-pergerakan kreatif. Dominannya banyak kepada gerak lakon dan gerak tari. Kak Bee Jamban menceritakan tentang konflik yang dialami oleh pencuci tandas yang mana beliau terpaksa berhadapan dengan najis. Oleh yang demikian, pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater memegang watak sebagai najis-najis yang mana mereka akan melakukan pergerakan yang melambangkan simbol najis. Saya pula termasuk dalam kumpulan Proses yang mana ia banyak melibatkan pergerakan-pergerakan kreatif. Encik Shuradi telah memberi bentuk-bentuk pergerakan terhadap kedua-dua persembahan tersebut dan kami mula berlatih berulang kali. Sepanjang minggu kesepuluh dan kesebelas ini, kami banyak menghabiskan masa dengan berlatih di bilik seni lakon bersama ahli kumpulan masing-masing. Bagi piece Proses, ia melibatkan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor serta Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis. Sebagai contoh, terdapat  pergerakan yang melibatkan aras bawah, sederhana dan tinggi serta melibatkan masa iaitu perlahan dan laju. Encik Shuradi memberi gerakan yang variasi yang mana penonton akan dpaat melihat pelbagai jenis gerakan di atas pentas kelak. Setiap gerakan yang dicipta sebenarnya mempunyai klu atau hint bagi cerita yang disampaikan oleh saudari Nilam. Projek ini secara tidak langsung telah merangkumi Model Kecerdasan Emosi Goleman yang mana menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan satu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain.
Kami juga membuat raptai penuh sebelum hari kejadian supaya kami tidak berasa janggal ketika pertama kali berada di pentas. Encik Shuradi juga ada membuat beberapa perubahan pergerakan semasa sesi raptai. Pada hari pertama persembahan, kami berasa sangat berdebar kerana bilangan penonton juga agak ramai tetapi kami ingat akan pesan Encik Shuradi bahawa sentiasa fokus ketika berada di atas pentas. Teknik fokus juga telah diajar semasa di dalam kelas sebelumnya dan kami mengaplikasikan teknik tersebut semasa hari persembahan. Kami agak berpuas hati dengan persembahan kami pada hari pertama. Persembahan kami tidak berhenti di situ sahaja kerana kami terpaksa melakukan persembahan tersebut pada hari kedua.

No comments:

Post a Comment