Monday 2 January 2012

STREET/ROADSHOW PERFORMANCE

Setelah selesai projek Ekspresi 02 yang bertempat di Dewan Rahman Talib (DRT), kami sekali lagi berdepan dengan satu lagi projek akhir sebelum menutup tirai Semester 1 Sesi 2011/2012 bagi subjek Pergerakan Kreatif Teater yang mana kami terpaksa melakonkan watak-watak yang terdapat dalam cerita rakyat atau hikayat. Encik Shuradi menerangkan tentang projek ini semasa hari kedua persembahan kami di DRT. Pada mulanya kami berasa teruja kerana projek kali ini berlainan dengan projek Kak Bee Jamban dan Proses yang mana ia Encik Shuradi menerapkan unsur lakonan pada projek kali ini supaya kami dapat merasai pengalaman seperti pelajar yang mengambil kursus Teknik dan Gaya Lakonan. Secara tidak langsung, kami telah menggabungkan gerak lakon dan gerak tari dalam persembahan tersebut. Namun, perasaan teruja tersebut bertukar menjadi takut kerana persembahan pada kali ini merupakan ala Street Performance yang mana kami tidak akan berada di atas pentas lagi ketika membuat persembahan, tetapi kami perlu membuat persembahan berdekatan dengan penonton. Terlintas juga difikiran saya pada ketika itu bagaimana tanggapan dan reaksi penonton kelak.
Bagi persembahan kali ini, kami dikehendaki memilih mana-mana watak dalam cerita rakyat dan dikehendaki melakukan pergerakan berdasarkan watak yang dipilih. Ada di antara kami yang memilih watak sebagai Bawang Merah, Bawang Putih, Ahli Sihir, Tun Teja, Hang Tuah, Pak Belalang, Mak Si Tenggang, Mahsuri, Pak Andih dan Mak Andih, Pak Kaduk serta Majnun. Saya pula memilih watak Dang Anum yang mengidam hendak makan buah nangka semasa beliau mengandung. Street Show performance ini diadakan di Galeri Seni pada 21 Disember 2011. Sebelum hari kejadian, kami telah berkumpul di Galeri Seni dan Encik Shuradi mengarahkan seorang demi seorang untuk menunjukkan pergerakan berdasarkan watak yang dipilih sebelum dipersembahkan pada hari kejadian nanti. Encik Shuradi juga ada membuat penambahbaikan bagi setiap gerakan yang dilakukan. Seperti biasa, kami sekali lagi mengaplikasikan pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor serta Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis. Kami juga dikehendaki menggunakan ruang dengan sepenuhnya menyebabkan kami akan beralih tempat dari satu tempat ke tempat yang lain. Kami berlatih berulang kali supaya semuanya akan berjalan dengan lancar. Kebanyakan watak yang dipegang diselitkan dengan dialong atau hint yang bersesuaian supaya penonton dapat meneka watak yang dibawa oleh kami.
Pada 21 Disember 2011 jam 12.00 tengahari, kami bergegas ke bilik seni lakon untuk menukar baju mengikut watak masing-masing dan bersolek/make up. Pada pukul 1.30 petang, kami tiba di Galeri Seni dan mula melakukan pergerakan masing-masing mengikut watak yang telah dipilih. Ada di antara penonton yang mengambil kesempatan dengan mengambil gambar tetapi kami diingatkan oleh Encik Shuradi supaya sentiasa fokus dan tidak terganggu dengan unsur-unsur luar. Menjadi salah seorang pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan berharga bagi saya kerana tidak pernah terfikir atau terlintas dibenak saya untuk melakukan Street Performance dan juga berdiri di atas pentas seperti di DRT dan melakukan persembahan. Ia sebenarnya telah membina keyakinan saya untuk berhadapan dengan khalayak ramai. 


Bawang Merah vs Majnun...tp mane Lailanye???hehehe

Bawang Putih, Bawang Merah dan Dang Anum....serius, best amek elektif Pergerakan Kreatif neh..=)

Ni plak Ahli Sihir besama Ibu Tiri Bawang Merah...
Kamu jangan macam2 sama aku..nanti aku sihir kamu jd batu..hehehe..Ya Ampunnn..
Bawang Merah vs Dang Anum










No comments:

Post a Comment