Tuesday 20 December 2011

AlamAk da miNggU keTujuH daaa...

Mingu ini telah masuk minggu ketujuh sesi pelajaran dan pembelajaran kami bersamaa dengan Encik Shuradi. Kami telah diberi tugasan berkumpulan iaitu mencipta sendiri koreografi berdasarkan jalan cerita yang telah direka bersama-sama ahli kumpulan. Kumpulan saya telah memilih tajuk “Healing” iaitu penyembuhan sebagai tema kumpulan. Berdasarkan tema tersebut, kami dikehendaki untuk mencipta sendiri pergerakan kreatif. Oleh kerana pada hari ini adalah cuti umum, jadi kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk belatih bersama-sama mencipta dan seterusnya menggabungkan sedikit demi sedikit pergerakan yang telah dicipta. Kami membuat rujukan di internet iaitu di you tube tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan kreatif. Selain itu juga, tenaga pengajar kami iaitu Encik Shuradi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami supaya pergerakan akan lebih nampak menarik dan kreatif.

No comments:

Post a Comment