Tuesday 20 December 2011

MinGGu keEmpaT Sudaaa...

Kelas bermula pada pukul 1 petang hari ini yerr kawan-kawan. Muzik dimainkan dan kami mula bergerak secara bebas mengikut kreativiti masing-masing. Sebelum ini, kami membuat latihan tanpa iringan muzik, namun pada hari ini Encik Shuradi membuat kelainan dengan memasang muzik dan menyebabkan kami berasa semangat untuk melakukan latihan. Mula-mula kami melakukan latihan mengikut gaya bebas, kemudiannya kami mengikut arahan Encik Shuradi seperti menggambarkan diri kami dan membuat pergerakan seperti seekor rama-rama, seorang bayi yang berada dalam kandungan ibu, seekor monyet, ular dan juga kumbang. Seterusnya, tenaga pengajar kami menutup lampu dan suasana menjadi gelap gelita. Kami diberi arahan untuk membuat pergerakan dalam keadaan gelap seperti melakukan latihan mengikut rentak muzik. Jika muzik rancak, maka kami harus bergerak dengan rancak dan jika muzik perlahan, kami bergerak secara perlahan tanpa berhenti. 

Kami melakukan pergerakan dengan pelbagai gaya dan kadang-kadang kami kehilangn idea untuk menyambung pergerakan mengikut rentak muzik. Hal ini kerana kami cuba untuk mencipta pergerakan baru dan bukannya mengikut rentak muzik tersebut. Tujuan utama kami berlatih dalam keadaan gelap adalah supaya kami dapat fokus sepenuhnya dan merasakan bahawa diri kami berada dalam dunia lain apabila berimaginasi. Seterusnya Encik Shuradi menyuruh kami berimaginasi sebagai sebatang pokok yang ditiup angin, dipatuk burung, ditebang oleh manusia dan sebagai pokok yang berlari. Ia memberi satu kepuasan kepada kami kerana dapat mengekspresskan diri. Seterusnya kami berimaginasi sebagai tumbuhan yang menjalar dan kemudian mencari sumber cahaya. Selain itu, kami berimaginasi seperti berada di sungai dan merasai air mengalir ke seluruh badan. Kami dapat merasai ketenangan pada ketika itu. Kemudian Encik Shuradi membuka lampu dan menyebabkan kami kehilangan fokus. Rumusan yang kami dapat pada hari ini ialah betapa pentingnya fokus dan imaginasi. 

            Kemudiannya, kami diberi tugasan secara berkumpulan untuk mencipta sendiri pergerakan dengan memasukkan pergerakan lokomotif, bukan lokomotif dan Laban Movement Analysis. Encik Shuradi akan memberi komen di akhir persembahan setiap kumpulan bagi penambahbaikan. Kesimpulan yang dapat kami buat pada akhir persembahan ialah kami masih lagi tidak membuka ruang dengan sepenuhnya dan kami perlu mencipta pergerakan yang lebih kreatif. Tugasan seterusnya yang diberikan oleh tenaga pengajar ialah kami dikehendaki mencipta pergerakan atau koreografi yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment