Tuesday 20 December 2011

Da MinGGu KeEnaM..

Kelas bermula pada pukul satu petang. Pada hari ini Encik Shuradi mengajar kami tentang pergerakan indah. Kami membuat satu bulatan besar dan Encik Shuradi memanggil salah seorang pelajar untuk berada di tengah-tengah bulatan tersebut, kemudian menyuruh pelajar tersebut melakukan satu pergerakan kreatif. Pelajar tersebut, Aini melakukan satu gerakan melibatkan anggota kepala (punca gerakan). Kemudian, Encik Shuradi memanggil pelajar lain iaitu Aim untuk mencipta satu gerakan lain tetapi gerakan tersebut mestilah mempunyai kesinambungan daripada gerakan yang pertama. Lima orang pelajar telah dipilih oleh Encik Shuradi untuk mencipta satu pergerakan kreatif dan kelima-lima pelajar tersebut melakukan gerakan yang berlainan tetapi masih mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. 

Kemudian, kelima-lima pelajar tersebut menggabungkan pergerakan mereka sehinggalah menjadi satu pergerakan kreatif. Encik Shuradi memanggil lima orang pelajar lain dan mengarahkan mereka melakukan aktiviti seperti kumpulan sebelumnya itu iaitu dengan mencipta lima jenis pergerakan yang berlainan dan menggabungkan kelima-lima pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan kreatif. Kemudiannya, Encik Shuradi melakukan penambahbaikan terhadap pergerakan tersebut untuk kelihatan lebih kreatif. Dengan cara itu, kami dapat memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pergerakan kreatif. Selepas itu, Encik Shuradi memberi kami masa untuk berlatih bersama kumpulan untuk persembahan yang bakal kami pertontonkan kelak. Semasa perbincangan bersama kumpulan, salah seorang daripada ahli kumpulan kami menerangkan flow perjalanan cerita dan masa (timing) untuk setiap rangka kerja (frame work). Selepas itu, kami berlatih bersama-sama dan Encik Shuradi juga ada memberi tunjuk ajar, bimbingan dan idea tentang persembahan tersebut.  

Haaa ni laa tempat aku n the geng berlatih....lepas penat berlatih (penat la sgt)...kami ape lg, bergambar la dulu bg hilangkan ase kepenatan neh..hahaha

Peace yoooo......hobi kami ialah menari..kami mmg suke menari n gerakkan badan neh...heheheheheh




2 comments: