Tuesday 20 December 2011

Minggu KeTiga....

Pada minggu ketiga ini, kami diberi penerangan mengenai kecerdasan Howard Gardner yang mana dalam kajian Gardner tersebut, ia berjaya membuktikan terdapat pelbagai kecergasan lain yang patut diambil kira dalam memahami kecerdasan seseorang. Di samping itu, kami juga turut mengulangi topik yang diajar pada kelas minggu lepas iaitu tentang pergerakan yang mana ia terbahagi kepada dua iaitu pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Non Lokomotor). Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan atau berlari disebut bergerak dan beredar. 

Sementara pergerakan Non Lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan masih kekal ditempat iaitu tiada perubahan. Pegerakan Lokomotif Kreatif menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Selepas Encik Shuradi menerangkan kepada kami tentang kedua-dua pergerakan tersebut, kami dikehendaki mengaplikasikan pelajaran dan pembelajaran tersebut di dalam kelas. Sebagai contoh, bagi aspek ruang, kami dikehendaki membuat pergerakan melibatkan aras sama ada tinggi, sederhana dan rendah, arah sama ada hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah, aliran sama ada lurus, berliku-liku, zig-zag dan bulatan serta ekstensi iaitu sama ada mengecil dan membesar.

Encik Shuradi juga telah memilih beberapa orang pelajar untuk mengaplikasikan pergerakan tersebut di hadapan pelajar lain. Selain itu, Encik Shuradi memberi penerangan mengenai Laban Movement Analysis yang mana Laban Movement Analysis ini dapat menerapkan empat aspek iaitu Action of Body, Qualities of Movement, Space Environment dan Relationship. Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi kefahaman kami mengenai apa itu yang dimaksudkan dengan pergerakan kreatif teater.

No comments:

Post a Comment