Tuesday 20 December 2011

MinggU KeliMa...

Pada hari ini, Encik Shuradi memberi penerangan mengenai projek yang akan kami lakukan selepas cuti Raja Haji nanti. Kami harus memilih satu tema dan mencipta pergerakan berdasarkan tema yang dipilih. Masa yang diperuntukkan ialah selama lima belas minit. Projek ini merupakan projek berkumpulan dan kami sendiri harus mencipta pergerakan tersebut mengikut kreativiti maasing-masing. Encik Shuradi tidak ketinggalan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami supaya persembahan yang bakal dipersembahkan kelak berjaya menarik perhatian penonton. Selain projek ini, Encik Shuradi memberitahu tugasan atau projek lain dan salah satunya ialah  projek akhir yang mana Encik Shuradi sendiri akan menjadi koreografer. Selain itu, besar kemungkinan kami dikehendaki mempersembahkan gerakan kreatif kami di muzium berdasarkan tema yang diberi selain dikehendaki membuat persembahan di Pintu Timur.Takotttt gilerrr kowtttt...

            Selepas Encik Shuradi memberi penerangan mengenai tugasan-tugasan atau projek yang harus kami lakukan untuk semester ini, Encik Shuradi menunjukkan pula kepada kami beberapa video pergerakan kreatif. Barulah kami faham apa itu pergerakan kreatif. Kami harus lebih kreatif untuk membuka ruang badan dan menggunakan ruang pentas dengan lebih kreatif. Masalah yang membelenggu diri kami ialah kami tidak tahu atau pandai untuk membuka ruang badan dan mencipta pergerakan kreatif. Kemudian, kami melakukan warming up mengikut video yang mana ia melibatkan pergerakan kreatif. Selepas itu, kami dikehendaki untuk mencari pasangan dan melakukan aktiviti bersama pasangan. Salah seorang daripada pasangan tersebut dikehendaki memberi arahan kepada pasangannya untuk mengikut setiap pergerakan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment