Tuesday 20 December 2011

MinGgU KeDua Kelas Ituuuu.....

Minggu ini merupakan minggu yang kedua. Kami diberikan pendedahan tentang apa itu maksud pergerakan kreatif teater. Sebelum ini pada fikiran saya pergerakan kreatif teater ialah satu lakonan semata-mata namun ia sebenarnya bukan lakonan sahaja. Pergerakan kreatif teater banyak melibatkan pergerakan dan boleh diselitkan juga dengan lakonan. Tumpuan pergerakan kreatif teater lebih kepada pergerakan. Pada hari ini juga, Encik Shuradi memberi penerangan mengenai definisi tarian dan kaitan dengan pergerakan oleh tubuh badan. Sebenarnya perkataan dance atau tarian berasal daripada perkataan Jerman Kuno iaitu danso. Tarian ini melibatkan pergerakan tubuh badan yang mana otot badan kita boleh menegang dan mengendur. Melalui pergerakan juga ia sebenarnya menunjukkan simbol-simbol tertentu.  
  
Kemudian kami diarahkan untuk membuat pergerakan dengan cara peniruan seperti membuat gaya orang tua, kanak-kanak yang sedang riang dan juga orang cacat. Di sinilah perlunya sikap kreatif seseorang individu untuk mengekspresikan gaya-gaya tersebut. Selepas itu, kami diberi penerangan mengenai definisi pergerakan lokomotor iaitu pergerakan bebas manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah satu pergerakan statik yang mana ia melibatkan penggunaan ruang dalam badan sahaja. Walaupun pergerakan bukan lokomotor ini dianggap statik tetapi sebenarnya kita boleh membuat pelbagai jenis gaya mengikut kreativiti masing-masing. Kami diarahkan untuk mendemonstrasikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut kreativiti masing-masing. Dalam pergerakan, ia melibatkan stretching, flexible dan extended.

Lokasi: di hadapan bilik seni lakon..sementara menunggu utk masuk ke dlam bilik tersebut, kami cepat2 wat muke comel n look at to lea lolalita's i phone...hehehe

seronoknye dpt blaja pergerakan kreatif neh...even badan aku keras mcm batu tp at least ok laaa, dpt gak aku lenturkan cikitttttttttttttttttttt je...ko ader??????hehehehe

ape kene mengena pic neh???haaaa lau nk taw, kami amek pic neh mase 1st time kiteorg g kelas en eddy...perggghhhh pakai mcm nk g KL kowttt...ko ingt ko tu diva????hahahaha...sory3, ambe budok baru blajo....hehehe..nasib baik en eddy xmarah kiteorg pakai cam ginih..kih3
 
 otw nk g fakulti seni pon sempat ag kowttt kiteorg posing kat tepi jalan raye...adoiiiii mmg xtaw malu btol la dak 3 org neh..ciap korang t final performance neh...no malu2 n segan2...hehe



No comments:

Post a Comment